Persatuan Belia Buddha

Posted by Entech Student , Wednesday, April 14, 2010 8:43 AM

Pergerakan Belia Buddha di Malaysia bermula pada tahun 1955,apabila seorang Bhikku yang merupakan bangsa Amerika bernama Ven Sumangalo.Beliau adalah orang yang bertanggungjawab terhadap perkembangan awal pergerakan Belia Buddhis di Malaysia dan dikenali sebagai Bapa Belia Buddhis Malaysia.Beliau mengasaskan Kumpulan Belia Persatuan Buddhis di Pulau Pinang.Sehingga tahun 1958 banyak Persatuan Belia Buddhis yang telah diasaskan.Antara Persatuan Belia Buddhis ialah:

a) Kumpulan Belia Persatuan Buddhis Melaka

b) Kumpulan Belia Wat Buddha Jayanti

c) Kumpulan Belia Persatuan Buddha Kelantan

d) Persatuan Belia Buddhis Kedah

e) Persatuan Belia Buddhis Selangor

Penubuhan persatuan-persatuan Belia Buddha menyebabkan tersidangnya Perhimpunan Belia Buddhis Kebangsaan pada Disember 1958.Perhimpunan itu telah mencapai kejayaan dengan tertubuhnya Kesatuan Persaudaran Buddhis Malaysia.Selepas itu,tiga lagi perhimpunan yang sama diadakan bertempat di Melaka(1960),Kuala Lumpur (1962) dan Kuala Terengganu(1964).

Sehingga tahun 1965,sebelas Persatuan Belia Buddhis iaitu separuh daripada jumlah Persatuan Buddhis yang telah ditubuhkan di Malaysia pada ketika itu telah menyertai Kesatuan Persaudaraan Buddhis Malaysia.Pada tahun 1965,pergerakan Kesatuan telah terhenti dan berterusan selama 5 tahun.

Selepas itu,buat pertama kalinya telah diadakan seminar belia Buddhis bertarikh 25hb hingga 29hb Julai 1970 bertempat di Universiti Malaya,Kuala Lumpur.Sebanyak 17 buah Persatuan Belia Buddhis telah menghantar wakil untuk menyertai seminar tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Buddhis Selangor.Berikutan seminar tersebut,Persatuan Belia Buddhis Malaysia telah ditubuhkan.pada seminar tersebut para velia buddhis berpendapat kekurangan semangat untuk mengembangkan agama Buddha telah menyekat perkembangan Buddhisme di Malaysia.Kata mereka lagi belia Buddha haruslah bersatu padu menyumbang tenaga ,kewangan dan harta-harta lain untuk membentuk wajah baru Buddhisme,mempertingkatkan lagi perpaduan serta menyumbang kepada perkembangan Buddhisme.Selain itu,seminar tersebut juga telah mengadakan perbincangan sama ada perlu atau tidak untuk menyusun semula Kesatuan Persaudaraan Belia Buddhis di Malaysia yang telah lama berkubur ataupun membentuk satu pertubuhan yang baru.Setelah berbincang,para belia telah bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Belia Buddhis Malaysia(Youth Buddhis Association of Malaysia,YBAM) yang berperanan untuk menyatu padukan umat Buddhis dari pelbagai kaum dan secretariat serta membentuk Buddhisme ala Malaysia..

Selepas tertubuhnya YBAM banyak Persatuan Belia Buddhis di seluruh Negara mmohon untuk menjadi ahlinya.Kebanyakan Persatuan Belia Buddhis yang ada sekarang merupakan hasil usaha YBAM dan persatuan-persatuan ini giat menyertai program menyebarkan ajaran Buddha yang dianjurkan oleh YBAM.Oleh sebab itu,beribu-ribu belia yang menganut agama Buddha mula menerima ajaran Buddha sepenuh hati,mula mempelajari sutra(sutta),sila dan sastera Buddhisme serta manjalani kehidupan berdasarkan ajaran Buddha.YBAM telah berusaha dengan gigih dan Berjaya meningkatkan suatu gerak kuasa dalam pembelajaran Buddhisme di seluruh Negara.

Setakat tahun 1994.terdapat lebih 260 buah persatuan pertubuhan Buddhis menyertai YBAM termasuklah Persatuan Buddha Wakaf Bharu.Ini telah menyebabkan YBAM dianggap sebagai satu jentera perpaduan dan perhubungan baik antara penganut Biddhis di Malaysia.Selain itu,YBAM ialah wakil belia Buddhis yang tunggal diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan.YBAM juga turut menganggotai jawatankuasa belia Malaysia dan jawatankuasa perunding belia Maaysia.YBAM juga aktif menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan dan sentiasa mendapat bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

0 Response to "Persatuan Belia Buddha"

Post a Comment