Contoh Persatuan Belia Islam di Malaysia

Posted by Entech Student , Wednesday, April 14, 2010 8:14 AM

CONTOH PERSATUAN BELIA ISLAM DI MALAYSIA

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL

Persatuan Belia Islam Nasional adalah sebuah persatuan belia yang bangkit di tengah-tengah kemelut masyarakat yang seolah-olah tiada penghujungnya. PEMBINA sebagai wadah untuk menjana generasi baru yang mampu melaksana tanggungjawab mereka kepada bangsa mereka. Kegawatan yang melanda bangsa ini, khususnya kelompok belia mereka, hanya mampu diatasi dengan kembali kepada Islam. Sebenarnya cabaran yang paling besar bagi sesebuah bangsa yang ingin bangkit adalah penyediaan generasi baru. Oleh itu, generasi muda mesti disiapkan untuk menggalas beban yang besar, iaitu membawa bangsa ini ke puncak kejayaan. Mereka mesti dikejutkan daripada tidur mereka yang lama. Mereka mesti disedarkan tentang ancaman dan cabaran yang sedang melanda bangsa mereka, sama ada dari luar mahupun dalam. Mereka mesti diingatkan bahawa survival bangsa ini terletak di atas bahu mereka dan mereka akan ditanya di hadapan Allah yang Maha Agung tentang apa yang mereka usahakan.

Justeru PEMBINA tampil dengan objektif-objektif berikut:

  • Membangunkan potensi belia/beliawanis yang cinta dan bertanggungjawab kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
  • Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kemahiran belia/beliawanis agar dapat menyumbang secara positif kepada kemakmuran negara.
  • Menggilap kualiti kepemimpinan, disiplin, amanah dan kendiri dikalangan belia/beliawanis
  • Memupuk jiwa yang merdeka, bermotivasi tinggi, dedikasi, progresif dan dinamik.
  • Melahirkan belia/beliawanis yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, spiritual dan mental.
  • Menjalin persaudaraan kukuh yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman dan kerjasama erat dikalangan ahli

  • Menggerakkan belia/beliawanis untuk membangun diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.





HARAKAH ISLAMIAH


Harakah Islamiah (HIKMAH) yang dirasmikan pada 2 Rabiul Akhir 1414H/18 September 1993 dalam Mesyuarat Perhimpunan Perkawilan BINA yang ke-11 yang diadakan di Ibu Pejabat BINA Petra Jaya Kuching merupakan wadah baru yang meneruskan perjuangan dakwah BINA iaitu satu Pertubuhan Islam bukan kerajan yang bergerak cergas di bidang dakwah Islamiah bagi melaksanakan risalah “ Amar Ma’ruf Nahi Mungkar” mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah mereka daripada usaha dan perbuatan yang mungkar.

HIKMAH yang merupakan kesinambungan perjuangan BINA mula dikenali masyarakat Islam bukan sahaja di Sarawak malah di seluruh dunia. Aktiviti dakwah yang telah dilaksanakan dengan komitmen yang tinggi ini telah bejaya menarik ribuan masyarakat yang bukan Islam seperti Bidayuh, Iban, Melanau dan lain-lain lagi untuk memeluk agama Islam.

Selain daripada aktiviti dakwah ini, HIKMAH juga merupakan wadah perjuangan yang telah mengumpulkan ramai sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk menyemai bakti bersama HIKMAH untuk memperjuangkan Islam. HIKMAH juga telah melaksanakan pelbagai aktiviti yang bercorakkan Islam seperti menyediakan sarana pendidikan, seminar, ceramah, diskusi serta pelbagai aktiviti lain dalam rangka menyebar luaskan Islam di kalangan masyarakat setempat.

Objektif Am

Merealisasikan pembentukan masyarakat Islam yang berilmu, beriman dan beramal ke arah tercapainya kehidupan manusia yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

Objektif Umum

  • Mempertingkatkan lagi tahap profesionalisma perkhidmatan dakwah Islamiah di Negeri Sarawak
  • Memberi bimbingan dan kefahaman sebenar mengenai Islam sebagai ‘ad-dien ‘ kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.
  • Memantapkan lagi penghayatan ‘Nilai-nilai Islam Sebagai Teras Kejayaan Ummah’ dalam kehidupan seharian .



0 Response to "Contoh Persatuan Belia Islam di Malaysia"

Post a Comment