Persatuan Belia Kristian

Posted by Entech Student , Wednesday, April 14, 2010 9:13 AM

Persatuan belia Kristian amat memainkan peranan dalam memperkasakan 1 Malaysia. Mereka memberi pendedahan kepada belia yang beragama kristian. Seperti mana yang kita tahu, golongan belia merupakan golongan yang bakal menggantikan pemimpin bagi masa hadapan. Pemahaman yang mendalam terhadap konsep 1 Malaysia amatlah penting. Ia memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak dan pelbagai cabang persatuan belia. Konsep 1 Malaysia menekankan konsep bersatu hati dari semua golongan agama dan bangsa. Jika konsep 1 Malaysia tidah dapat diterapkan dalam diri golongan belia dari golongan kristian, mungkin peristiwa 13 Mei akan berulang kembali.

Selain itu juga, Persatuan Belia Kristian juga memainkan peranan untuk menjaga penganutnya yang belajar di Luar negeri. Hal ini untuk mengelakkan penganut agama kristian menukar agama mereka. Oleh sebab itu, kebajikan penganut agama kristian amat dititik beratkan.

Contoh Persatuan Belia India di Malaysia

Posted by Entech Student , 9:08 AM


Seperti mana yang kita tahu, terdapat banyak persatuan Belia india yang terdapat di Malaysia. Mengikut Ketua Biro Pendaftaran Persatuan Belia India Sdr. R. Sunthra Ruban telah mendaftarkan sebanyak 5 persatuan belia India iaitu:-

Persatuan Belia India Kota Tinggi - Pengerusi - En. B. Subramaniam

Persatuan Belia India Kencana Tiram - Pengerusi - En. R. Ramani

Persatuan Belia India Batu Pahat -Pengerusi - En. Sundra raj

Persatuan Belia India Pontian - Pengerusi - En. A. Ganesan

Persatuan Belia India Gelang Patah - Pengerusi En. R. Sunthra Ruban


kelima-lima persatuan tersebut telah mendapat kelulusan daripada Registrar of Youth(ROY) , beliau juga telah mendapatkan kelulusan 5 Kelab Rakan MudaSektor Estate iaitu

Kelab Rakan Muda Sektor Estate Ladang LGM Kota Tinggi - Pengerusi - En. B. Subramaniam

Kelab Rakan Muda Sektor Estate Ladang Ulu Tiram - En. R. Ramani

Kelab Rakan Muda Sektor Estate Mados - Pengerusi - En. S. Ravi

Kelab Rakan Muda Sektor Estate Sedenak - Pengerusi - En. Krishnan

Kelab Rakan Muda Sektor Estate oil Palm - Pengerusi - En. S. Muniandy

Tujuan utama bagi membuat penubuhan persatuan tersebut ialah bagi membantu pemuda untuk mendapat bantuan kewangan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti serta program di bahagian masing-masing.

Persatuan Belia India di Malaysia

Posted by Entech Student , 9:02 AM

Masyarakat India Muslim telah bertapak di negara ini sejak 1780. Pada awalnya, kedatangan mereka ke Tanah Melayu untuk tujuan berniaga dan menyebarkan ajaran Islam di Malaysia.Masyarakat India Muslim turut berperanan dalam membangunkan ekonomi Tanah Melayu melalui bidang perniagaan seperti pengurusan restoran, barang kemas, tekstil, agensi pelancongan, perniagaan runcit dan sebagainya.

Kehidupan masyarakat India Muslim di Malaysia membolehkan golongan ini mengenali budaya dan adab masyarakat melayu tempatan.

Kini generasi masyarakat India Muslim semakin berkembang di tanah air ini, Justeru dengan perkembangan ini maka tertubuhnya idea untuk menubuhkan Persatuan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) sekitar awal tahun 1995. Setelah beberapa kali berbincang, merancang serta mengatur strategi akhirnya wujudlah Gepima yang didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara rasmi pada tahun 2006.Gepima diberi mandat menjalankan aktiviti-aktiviti memupuk semangat di kalangan belia khususnya dalam membantu masyarakat India Muslim umumnya.Gepima mendapat sokongan penuh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan jabatan-jabatan kerajaan.

Kini penaungnya ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin manakala penasihatnya ialah Datuk Dr. Mohd Iqbal dan Hishamudin Ubaidulla.

Gepima turut berperanan memberi ilmu pendidikan rohani dan jasmani yang melibatkan semua peringkat belia India Muslim dengan penganjuran aktiviti pengajian, latihan dan bimbingan seperti pendidikan, kebudayaan, falsafah dan teknologi.

Gepima adalah pencetus hasrat kerajaan dalam usaha untuk bergerak ke arah kehidupan yang sempurna berasaskan sifat-sifat hormat diri, berdikari, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam melahirkan satu bangsa yang bersatu, berilmu, beriman dan berdaulat.

Program lain yang turut diatur ialah bantuan kepada keluarga fakir miskin, warga emas, anak-anak yatim, sumbangan pelajar cemerlang peperiksaan, menganjurkan majlis tilawah al-Quran, azan, nasyid, kuiz, ceramah agama, program motivasi, program kutipan derma dan majlis kesihatan.

Gepima juga turut menyediakan beberapa Pusat Khidmat Sosial dalam memberi nasihat serta bimbingan kepada belia yang berminat untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Persatuan Belia Buddha

Posted by Entech Student , 8:43 AM

Pergerakan Belia Buddha di Malaysia bermula pada tahun 1955,apabila seorang Bhikku yang merupakan bangsa Amerika bernama Ven Sumangalo.Beliau adalah orang yang bertanggungjawab terhadap perkembangan awal pergerakan Belia Buddhis di Malaysia dan dikenali sebagai Bapa Belia Buddhis Malaysia.Beliau mengasaskan Kumpulan Belia Persatuan Buddhis di Pulau Pinang.Sehingga tahun 1958 banyak Persatuan Belia Buddhis yang telah diasaskan.Antara Persatuan Belia Buddhis ialah:

a) Kumpulan Belia Persatuan Buddhis Melaka

b) Kumpulan Belia Wat Buddha Jayanti

c) Kumpulan Belia Persatuan Buddha Kelantan

d) Persatuan Belia Buddhis Kedah

e) Persatuan Belia Buddhis Selangor

Penubuhan persatuan-persatuan Belia Buddha menyebabkan tersidangnya Perhimpunan Belia Buddhis Kebangsaan pada Disember 1958.Perhimpunan itu telah mencapai kejayaan dengan tertubuhnya Kesatuan Persaudaran Buddhis Malaysia.Selepas itu,tiga lagi perhimpunan yang sama diadakan bertempat di Melaka(1960),Kuala Lumpur (1962) dan Kuala Terengganu(1964).

Sehingga tahun 1965,sebelas Persatuan Belia Buddhis iaitu separuh daripada jumlah Persatuan Buddhis yang telah ditubuhkan di Malaysia pada ketika itu telah menyertai Kesatuan Persaudaraan Buddhis Malaysia.Pada tahun 1965,pergerakan Kesatuan telah terhenti dan berterusan selama 5 tahun.

Selepas itu,buat pertama kalinya telah diadakan seminar belia Buddhis bertarikh 25hb hingga 29hb Julai 1970 bertempat di Universiti Malaya,Kuala Lumpur.Sebanyak 17 buah Persatuan Belia Buddhis telah menghantar wakil untuk menyertai seminar tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Buddhis Selangor.Berikutan seminar tersebut,Persatuan Belia Buddhis Malaysia telah ditubuhkan.pada seminar tersebut para velia buddhis berpendapat kekurangan semangat untuk mengembangkan agama Buddha telah menyekat perkembangan Buddhisme di Malaysia.Kata mereka lagi belia Buddha haruslah bersatu padu menyumbang tenaga ,kewangan dan harta-harta lain untuk membentuk wajah baru Buddhisme,mempertingkatkan lagi perpaduan serta menyumbang kepada perkembangan Buddhisme.Selain itu,seminar tersebut juga telah mengadakan perbincangan sama ada perlu atau tidak untuk menyusun semula Kesatuan Persaudaraan Belia Buddhis di Malaysia yang telah lama berkubur ataupun membentuk satu pertubuhan yang baru.Setelah berbincang,para belia telah bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Belia Buddhis Malaysia(Youth Buddhis Association of Malaysia,YBAM) yang berperanan untuk menyatu padukan umat Buddhis dari pelbagai kaum dan secretariat serta membentuk Buddhisme ala Malaysia..

Selepas tertubuhnya YBAM banyak Persatuan Belia Buddhis di seluruh Negara mmohon untuk menjadi ahlinya.Kebanyakan Persatuan Belia Buddhis yang ada sekarang merupakan hasil usaha YBAM dan persatuan-persatuan ini giat menyertai program menyebarkan ajaran Buddha yang dianjurkan oleh YBAM.Oleh sebab itu,beribu-ribu belia yang menganut agama Buddha mula menerima ajaran Buddha sepenuh hati,mula mempelajari sutra(sutta),sila dan sastera Buddhisme serta manjalani kehidupan berdasarkan ajaran Buddha.YBAM telah berusaha dengan gigih dan Berjaya meningkatkan suatu gerak kuasa dalam pembelajaran Buddhisme di seluruh Negara.

Setakat tahun 1994.terdapat lebih 260 buah persatuan pertubuhan Buddhis menyertai YBAM termasuklah Persatuan Buddha Wakaf Bharu.Ini telah menyebabkan YBAM dianggap sebagai satu jentera perpaduan dan perhubungan baik antara penganut Biddhis di Malaysia.Selain itu,YBAM ialah wakil belia Buddhis yang tunggal diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan.YBAM juga turut menganggotai jawatankuasa belia Malaysia dan jawatankuasa perunding belia Maaysia.YBAM juga aktif menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan dan sentiasa mendapat bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Contoh Persatuan Belia Islam di Malaysia

Posted by Entech Student , 8:14 AM

CONTOH PERSATUAN BELIA ISLAM DI MALAYSIA

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL

Persatuan Belia Islam Nasional adalah sebuah persatuan belia yang bangkit di tengah-tengah kemelut masyarakat yang seolah-olah tiada penghujungnya. PEMBINA sebagai wadah untuk menjana generasi baru yang mampu melaksana tanggungjawab mereka kepada bangsa mereka. Kegawatan yang melanda bangsa ini, khususnya kelompok belia mereka, hanya mampu diatasi dengan kembali kepada Islam. Sebenarnya cabaran yang paling besar bagi sesebuah bangsa yang ingin bangkit adalah penyediaan generasi baru. Oleh itu, generasi muda mesti disiapkan untuk menggalas beban yang besar, iaitu membawa bangsa ini ke puncak kejayaan. Mereka mesti dikejutkan daripada tidur mereka yang lama. Mereka mesti disedarkan tentang ancaman dan cabaran yang sedang melanda bangsa mereka, sama ada dari luar mahupun dalam. Mereka mesti diingatkan bahawa survival bangsa ini terletak di atas bahu mereka dan mereka akan ditanya di hadapan Allah yang Maha Agung tentang apa yang mereka usahakan.

Justeru PEMBINA tampil dengan objektif-objektif berikut:

  • Membangunkan potensi belia/beliawanis yang cinta dan bertanggungjawab kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
  • Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kemahiran belia/beliawanis agar dapat menyumbang secara positif kepada kemakmuran negara.
  • Menggilap kualiti kepemimpinan, disiplin, amanah dan kendiri dikalangan belia/beliawanis
  • Memupuk jiwa yang merdeka, bermotivasi tinggi, dedikasi, progresif dan dinamik.
  • Melahirkan belia/beliawanis yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, spiritual dan mental.
  • Menjalin persaudaraan kukuh yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman dan kerjasama erat dikalangan ahli

  • Menggerakkan belia/beliawanis untuk membangun diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.





HARAKAH ISLAMIAH


Harakah Islamiah (HIKMAH) yang dirasmikan pada 2 Rabiul Akhir 1414H/18 September 1993 dalam Mesyuarat Perhimpunan Perkawilan BINA yang ke-11 yang diadakan di Ibu Pejabat BINA Petra Jaya Kuching merupakan wadah baru yang meneruskan perjuangan dakwah BINA iaitu satu Pertubuhan Islam bukan kerajan yang bergerak cergas di bidang dakwah Islamiah bagi melaksanakan risalah “ Amar Ma’ruf Nahi Mungkar” mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah mereka daripada usaha dan perbuatan yang mungkar.

HIKMAH yang merupakan kesinambungan perjuangan BINA mula dikenali masyarakat Islam bukan sahaja di Sarawak malah di seluruh dunia. Aktiviti dakwah yang telah dilaksanakan dengan komitmen yang tinggi ini telah bejaya menarik ribuan masyarakat yang bukan Islam seperti Bidayuh, Iban, Melanau dan lain-lain lagi untuk memeluk agama Islam.

Selain daripada aktiviti dakwah ini, HIKMAH juga merupakan wadah perjuangan yang telah mengumpulkan ramai sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk menyemai bakti bersama HIKMAH untuk memperjuangkan Islam. HIKMAH juga telah melaksanakan pelbagai aktiviti yang bercorakkan Islam seperti menyediakan sarana pendidikan, seminar, ceramah, diskusi serta pelbagai aktiviti lain dalam rangka menyebar luaskan Islam di kalangan masyarakat setempat.

Objektif Am

Merealisasikan pembentukan masyarakat Islam yang berilmu, beriman dan beramal ke arah tercapainya kehidupan manusia yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

Objektif Umum

  • Mempertingkatkan lagi tahap profesionalisma perkhidmatan dakwah Islamiah di Negeri Sarawak
  • Memberi bimbingan dan kefahaman sebenar mengenai Islam sebagai ‘ad-dien ‘ kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.
  • Memantapkan lagi penghayatan ‘Nilai-nilai Islam Sebagai Teras Kejayaan Ummah’ dalam kehidupan seharian .



Persatuan Belia Islam

Posted by Entech Student , 4:24 AM


Tanpa kita sedari wahai pembaca-pembaca sekalian,belia Melayu Islam di negara ini sedang dilanda krisis. Mereka berhadapan dengan masalah-masalah sosial yang seolah-olah tiada jalan penghujungnya. Masalah seperti mat rempit, penagihan dadah, jangkitan HIV/AIDS, pergaulan dan seks bebas, adalah di antara beberapa masalah kronik belia masa kini, khususnya belia Melayu Islam.Perangkaan yang telah dikeluarkan mengenai gejala sosial menunjukkan fakta yang sangat menakutkan mengenai golongan belia kita: 66 peratus penghuni penjara terdiri daripada orang Melayu Islam, 70 peratus penagih dadah adalah orang Melayu Islam, 70 peratus kes-kes juvana melibatkan remaja-remaja Melayu Islam dan 70 peratus daripada pelacur di negara ini merupakan gadis-gadis Melayu Islam. Terdapat 68,000 kes buang bayi yang melibatkan orang Melayu Islam dilaporkan pada tahun 2005. Statistik-statistik ini cukup untuk membuatkan kita menangis!


Justeru tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa persatuan belia islam merupakan natijah daripada suasana. Ia adalah tindak-balas tabi’i kepada kecelaruan dan kegagalan yang berlaku. Ia terhasil daripada keperihatinan yang menyeluruh kepada nasib bangsa dan desakan untuk turut sama berperanan dalam arus kebangkitan bangsa ini. Program-program dan aktiviti-aktiviti akan tertumpu kepada menyebar-luaskan risalah Islam yang syumul kepada masyarakat, khususnya belia, sehingga mereka memahami Islam sebagaimana yang difahami oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Seterusnya, jatidiri belia-belia Islam ini akan dibina di atas dasar Islam yang agung sehingga mereka benar-benar layak untuk menggalas beban perjuangan. Akhirnya, tenaga mereka akan digembeling untuk memimpin bangsa ini menuju ke mercu kejayaan.

STATISTIK PENDAFTARAN PERSATUAN BELIA SEHINGGA 1 MAC 2010

Posted by Entech Student , 4:08 AM



Mengikut laman web Registrar of Youth(ROY) iaitu dalam bahasa Melayunya,Jabatan Pendaftaran Belia,sehingga Mac 2010,bilangan keseluruhan dalam yang mendaftar ialah 7535 buah persatuan.

Manakala persatuan yang mendaftar dengan Registrar of Societies(Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) sahaja tanpa melalui Registrar of Youth ialah 3686.Persatuan yang mendaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan terus mendapat kebenaran untuk bernaung di bawah Jabatan Pendaftaran Belia ialah 3250 iaitu 88.17% dari bilangan persatuan yang mendaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Pada keseluruhannya,bilangan ahli belia yang bernaung di bawah Jabatan Pendaftaran Belia ialah 1,916,304.

Kedudukan Persatuan Belia di Malaysia Mengikut Negeri

Posted by Entech Student , Tuesday, April 13, 2010 11:37 PM

PERSATUAN YANG AKTIF

PERSATUAN YANG BARU

PERSATUAN YANG DIBATALKAN

PERSATUAN YANG

DITOLAK

PAHANG

368

28

166

86

JOHOR

380

42

226

67

KELANTAN

146

5

139

31

SABAH

148

12

62

31

SELANGOR

231

32

120

30

KEDAH

184

21

188

29

PERAK

346

28

131

27

NEGERI SEMBILAN

189

17

158

25

PENANG

106

9

49

23

KUALA LUMPUR

83

49

25

13

TERENGGANU

116

16

154

12

MELAKA

97

17

76

7

PERLIS

29

1

31

5

LABUAN

13

0

0

4

SARAWAK

9

1

7

2

JUMLAH

2445

278

1532

392




Secara keseluruhannya daripada data yang diperolehi dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan,Malaysia mempunyai sebanyak 2445 buah persatuan belia yang aktif,278 buah persatuan belia yang baru ditubuhkan dan sebanyak 1532 buah persatuan belia yang dibatalkan dan 392 buah persatuan belia yang memohon untuk ditolak sehingga ke tahun 2006.


Berdasarkan jadual di atas menunjukkna bahawa negeri Johor merupakan negeri yang mempunyai jumlah persatuan yang banyak dan aktif dalam Malaysia(380),diikuti dengan negeri Pahang iaitu sebanyak 368 buah persatuan.Manakala negeri Perak mempunyai sebanyak 346 buah persatuan yang aktif.Ini diikuti pula oleh negeri Selangor.Negeri yang paling sedikit mempunyai persatuan belia yang aktif ialah negeri Sarawak.

Jadual di atas juga menunjukkan bahawa sebanyak 278 buah persatuan baru yang telah ditubuhkan.Negeri yang mempunyai jumlah persatuan baru yang paling tinggi ialah Kuala Lumpur iaitu sebanyak 49 buah persatuan baru yang telah ditubukan.Ini diikuti dengan negeri Johor iaitu sebanyak 42 buah persatuan.Pahang dan Perak masing-masing mempunyai sebanyak 28 buah persatuan yang telah berdaftar.Manakala Labuan adalah merupakan negeri yang tidak mempunyai sebarang persatuan baru untuk didaftarkan.

PENGENALAN BELIA

Posted by Entech Student , 9:38 PM




Salam belia Malaysia..Belia merupakan organisasi terkuat dalam sesuatu organisasi masyarakat kerana belia lebih berinovasi mengubah masa hadapan sesuatu masyarakat.Oleh itu,disediakan pengenalan belia dan juga peranan mereka secara umum.



Pembangunan belia adalah satu isu penting dalam pembangunan negara.Namun begitu subjek pembangunan belia ini masih dianggap sebagai satu isu yang mudah dan kurang mendapat perhatian.Belia merupakan pewaris negara dan masa depan negara adalah bergantung kepada generasi belia pada hari ini.Banyak usaha dan kewangan telah dicurahkan untuk memberi peluang kepada generasi muda membuat persediaan mewarisi untuk negara ini.Usaha pembangunan belia bukanlah satu perkara yang mudah.Ini kerana hanya program belia yang berjaya sahaja berjaya menarik ramai golongan remaja untuk menceburi pelbagai aktiviti yang disediakan.Pelbagai program kini harus dirancang dan dilaksanakan bagi membolehkan golongan belia di kawasan pentadbiran dapat mengisi masa terluang mereka.Setiap program harus dirancang dengan teliti supaya ia benar-benar dapat memberi manfaat kepada para belia dan mencapai matlamat seperti yang diharapkan.Melalui aktiviti-aktiviti tersebut,para belia khususnya golongan pelajar atau pekerja kilang boleh meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dengan menyertai program yang disediakan.Golongan remaja biasanya mempunyai banyak masa terluang dan keadaan tersebut boleh merugikan mereka sekiranya tidak diisi dengan kegiatan-kegiatan yang berfaedah.Sehubungan itu,kerajaan telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program-program terbabit supaya para remaja dan orang ramai dapat menceburkan diri mereka dan mendapat faedah daripadanya.



Para pemimpin belia perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk mencari satu titik tolak bagi memajukan golongan belia dalam pelbagai bidang dan harus digesa untuk mencari resolusi yang lebih mantap dan berkesan untuk diterjemahkan sebagai satu pelan tindakan kepada agenda pembangunan belia.Pembangunan belia tidak terbatas kepada satu kaedah semata-mata kerana pelbagai media boleh digunakan untuk meransang mereka.Pelbagai aspek perlu diambil kira kerana semangat yang berkobar-kobar sahaja tidak memadai tanpa diiringi pengurusan atau perancangan yang relevan,seiring perubahan masa,pertubuhan belia perlu merangka strategi lebih berkesan untuk memastikan belia tidak lagi dibelenggu oleh masalah-masalah sosial.Belia negara ini perlu disedarkan bahawa mereka ialah pewaris negara dan mesti menghindari pelbagai aspek negatif seperti gegala sosial yang boleh meruntuhkan sesebuah institusi negara.Peranan yang perlu dimainkan oleh pemimpin belia di semua peringkat adalah berat kerana mereka mempunyai tanggungjawab sosial untuk membawa belia negara ini untuk menjadi orang yang bersama-sama membangunkan negara.Perjuangan pemimpin belia terdahulu telah berjaya membawa generasi kita keluar daripada kepompong kemunduran serta mampu melahirkan masyarakat berwawasan,progresif dan dinamik dalam pelbagai bidang kerjaya.



Selain itu,dengan wujudnya persatuan-persatuan belia di Malaysia,ia mampu untuk meningkatkan gaya hidup yang dinamik dan pro-aktif.Semangat sukarelawan yang ada dalam aktiviti persatuan belia amat penting sebagai salah satu gaya hidup yang baik untuk membina semangat kerjasama di kalangan masyarakat moden.Kurangnya semangat sukarelawan memberi kesan negatif kepada institusi kemasyarakatan dan menyebabkan kelesuan di kalangan pertubuhan-pertubuhan belia.Persatuan belia seumpama ini bermatlamat untuk membangunkan belia agar menjadi belia yang berketrampilan seimbang melalui dasar dan program pembangunan belia yang komprehensif.



Usaha pembangunan belia tidak boleh dijalankan secara "tangkap muat" mengikut selera dan minat individu atau kelompok tertentu.Usaha pembangunan belia tidak boleh dijalankan dalam konteks yang terasing daripada ekologi di mana belia,rakan sebaya dan keluarga mereka tinggal dan berinteraksi.Masyarakat dan institusi perlu memberikan peluang untuk belia negara ini membangun dalam perkara penting seperti kemahiran,keyakinan,keperibadian dan sebagainya.
Mereka yang terbabit dengan pembangunan belia di Malaysia perlu melihat realiti semasa dan yang akan datang.Perubahan yang berlaku di sekeliling memerlukan kita mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengambil kira seperti menggunakan penyelidikan dalam perancangan dan penilaian program pembangunan belia.Persatuan-persatuan belia perlu menjana semula pendekatan baru yang lebih efisien dan efektif.Mengolah atau menyusun semula pendekatan dan strategi sedia ada akan terus membantutkan perkembangan belia secara efektif kerana falsafah pendekatan pembangunan belia yang baru memerlukan imaginasi baru yang sudah tidak boleh dipenuhi oleh pendekatan yang lama.Anjakan paradigma bukan sahaja melibatkan pemikiran semula,tetapi juga perlu lebih inovatif dan kreatif dalam mengilham dan melaksanakan program.Penyelidikan dan penilaian adalah satu komponen penting yang perlu diberikan perhatian.Perkara ini bukan sesuatu yang baru di negara barat di mana institut penyelidikan belia diberikan keutamaan dan peranan penting dalam perancangan dan perlaksanaan program.Sudah sampai masanya usaha pembangunan belia di negara ini memasuki perspektif baru yang lebih saintifik dan sistematik dengan memberikan penekanan kepada penyelidikan sebagai satu teras untuk menuju ke hadapan.